Tuesday, August 25, 2009

HARI KETIGA DI LONDON




Badan letih tuhan saja yang tahu. Malam ini kami akan ke London dengan bas Eurolines lagi. Kami bertolak jam lapan waktu Paris dari International Coach Station - Gallieni station. Badan yang terlalu letih tidak mengizinkan kami melihat-lihat disepanjang perjalanan lagipun keadaan yang gelap. Kesempatan ini kami ambil untuk melelapkan mata. Lebih kurang dua jam perjalanan kami pun sampai di Calais, France. Di sini adalah tempat checkpoint untuk masuk ke UK. Kami di interview seorang demi seorang. Ada seorang hamba Allah satu bas dengan kami gagal melepasi interview ini lalu disuruh balik semula ke Paris. Takut juga kami melihat situasi itu..tapi geng kami semua lepas tanpa apa-apa.



Bas membawa kami menaiki ferry. Disinilah kami mengambil kesempatan untuk membeli minyak wangi yang ditawarkan dengan harga istimewa. Hampir dua jam juga masa diambil untuk melintasi selat Inggeris ini. Selat di mana Datuk Malik Maidin mencipta rekod orang Malaysia pertama berjaya merentasinya. Kini kami sampai di Dover UK. Sepanjang perjalanan ke London kami semua tertidur dengan nyenyak sekali. Jam ditangan menunjukkan 6 pagi..kami dahpun sampai di Kota London iaitu di Victoria Bus Station. Selesai solat subuh kami ke Malaysian Hall di Bayswater Road dengan menaiki bas merah yang tersohor tu. Ooo…ini ke tempat orang-orang Malaysia melepaskan rindu!!..rindu pada nasi lemak dan semua jenis makanan kegemaran ada di sini hingga ke lepat pisang pun ada.

Monday, August 3, 2009

Perjalanan ke Paris












Setelah sehari suntuk kami menghayun kaki di Bandaraya Amsterdam, rasa letih mula terasa. Kami akan ke Paris malam nanti (19.3.2009). Kami telah mengambil keputusan akan menaiki bas Eurolines ke Paris. Lebih kurang jam 10.00mlm waktu Amsterdam kami bertolak ke Paris. Saat inilah kami semua melepaskan keletihan dibangku bas. Hanya sekali saya terjaga dari tidur dan rupanya kami sudah memasuki Belgium. Lepas itu tertidur lagi hinggalah ke Paris pada jam 6 pagi. Kami solat subuh di stesyen bas Eurolines Paris. Selesai solat saya dan Yus pergi mencari hotel untuk berehat. Malangnya hotel berdekatan semuanya penuh!! Kami menaiki tube ke tengah Paris dan akhirnya dapat juga kami berlabuh. Hotel tu dah lupa namanya. Tapi masa kami turun tube tadi tertulis Bir Hakeem stesyen...itulah lokasinya.

Setelah mandi kami brakefast dengan mee maggie yang diusung sejak dari KLIA lagi...Uhhh sedapnya tak usah cerita. Mee maggie ni masa di KL/Ipoh langsung tak teringin, rupanya bila di sini baru tahu betapa sedapnya resepi tempat sendiri. Lepas tu kami mulalah berjalan-jalan di Bandaraya Paris. Lokasi pertama di Sacre-Coeur dan di sekitarnya. Rupanya bangunan ini adalah Gereja lama yang unik. Di bina pada 1875 oleh Paul Abadie. Setelah menikmati keindahan di sekeliling kami menaiki tube lagi. Kami ke Arc de Triomphe ..binaan berupa pintu gerbang yang dibina oleh Napoleon pada tahun 1806 sebagai memperingati kamasukannya ke Paris.

Seterusnya dengan tube lagi dan yang paling istimewa kali ini ialah Eiffel Tower. Ohhh...ini ke rupanya. Terkenanglah kembali nostalgia lama sewaktu menonton filem Hindustan An Evening in Paris.....deco...deco...deco!!!!! an evening in paris!!!Cantiknya tempat ini. Bagi mereka yang baru kahwin saya cadangkan datanglah ke tempat ini.Tempat yang sangat romantik. Lihatlah gambar-gambar yang saya lampirkan...sungguh menakjubkan.

Friday, July 31, 2009

EUROPE TOUR







Pada 18.3.2009 saya dan isteri bersama lima orang lagi rakan sekerja telah melancong ke London, Amsterdam dan Paris. Kami berada di sana selama seminggu. Hari pertama kami menjejak kaki di Stansted London. Lepas itu kami terus ke Amsterdam dengan pesawat JetLiner. Sampai di sana lebih kurang jam 9.00mlm waktu Belanda. Rasanya macam tak percaya kami disana tanpa pemandu pelancong. Tapi dalam kumpulan kami tu sebenarnya ada seorang teman yang pernah belajar di U.S..dialah yang menjadi semangat kami namanya Yusni.

Sewaktu di Airport Schipol keadaan sangat lengang dan sejuk sangat...kami macam pendatang, terkebil-kebil mata kami nak mencari kenderaan ke Hotel Hem Amsterdam. Di situ ada teksi, ada bas, ada komuter dan ada trem..tapi tak tau nak naik yang mana satu. Tak mengapa!!! En.Yus ada..dia boleh cakap mat saleh lebih hebat dari kami dan mat saleh. Akhirnya kami menaiki komuter untuk ke Hems Hotel setelah berlari ke atas ke bawah mencari lokasi komuter.Kenapa berlari? Itu komuter last!!!! Penatnya jangan ditanya...penat nak mampus!!

Sampai di lokasi hotel masalah lain pula yang menunggu...rupanya komuter tu berhenti bukan di depan hotel tapi jauh dari hotel. Kami bertanya dengan pemandu bas yang ada di situ bagaimana nak ke Hotel Hems? Katanya tak jauh dari sini cuma 15 minit jalan kaki. Tapi pemandu ini baik dia tumpangkan kami ke arah hotel tersebut tanpa apa-apa bayaran dan kami menapak lepas itu...kerana basnya tak boleh ke sana. Hampir lima belas minit atau lebih kami menapak macam rupa unta yang kesejukan masing-masing. Akhirnya kami sampai di Hotel Hems. Berlabuhlah kami disitu.
Destinasi kami hari ini 19.3.2009 ialah melawat lokasi-lokasi ternama seperti terusan atau canal buatan manusia di Bandaraya Amsterdam. Dulu sewaktu belajar geografi tempat ini hanya bayangan begitu juga dengan kincir angin yang tersohor tu. Pagi ini ia di depan mata. Seronok tak tau nak kata. Sehari suntuk kami menghayun kaki di Amsterdam. Tapi masih banyak tempat yang tidak dapat kami kunjungi maklumlah sehari saja. Kenderaan kami disana ialah tube/komuter. Beli tiket sekali saja lepastu naiklah berapa kalipun ...tu yang best!!!

Friday, January 23, 2009

Padang Indonesia

Percutian di Padang Indonesia. Punyai pandangan yang sangat indah. Makanan Padang yang sedap dan enak. Orangnya baik-baik belaka. Sempat melihat kesan-kesan gempa bumi yang melanda bumi Padang/Bukit Tinggi. Terowong Japan yang sangat terkenal iaitu tempat penyiksaan tentera Jepun ke atas penduduk tempatan.

Percutian Langkawi


Pada 1 Jan 2009 kami sekeluarga melancong dan bercuti di Langkawi. Percutian yang sangat menyeronokkan dan dapat merapatkan ikatan kasih sayang keluarga. Banyak tempat yang dilawati antaranya Langkawi UnderWaterWorld, Mat Cincang Cable Car, Island Hopping (Eagle Feeding, Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah), Kuah Shopping, Padang Mat Sirat Laksa Power dan Beras Terbakar.