Friday, July 31, 2009

EUROPE TOUR







Pada 18.3.2009 saya dan isteri bersama lima orang lagi rakan sekerja telah melancong ke London, Amsterdam dan Paris. Kami berada di sana selama seminggu. Hari pertama kami menjejak kaki di Stansted London. Lepas itu kami terus ke Amsterdam dengan pesawat JetLiner. Sampai di sana lebih kurang jam 9.00mlm waktu Belanda. Rasanya macam tak percaya kami disana tanpa pemandu pelancong. Tapi dalam kumpulan kami tu sebenarnya ada seorang teman yang pernah belajar di U.S..dialah yang menjadi semangat kami namanya Yusni.

Sewaktu di Airport Schipol keadaan sangat lengang dan sejuk sangat...kami macam pendatang, terkebil-kebil mata kami nak mencari kenderaan ke Hotel Hem Amsterdam. Di situ ada teksi, ada bas, ada komuter dan ada trem..tapi tak tau nak naik yang mana satu. Tak mengapa!!! En.Yus ada..dia boleh cakap mat saleh lebih hebat dari kami dan mat saleh. Akhirnya kami menaiki komuter untuk ke Hems Hotel setelah berlari ke atas ke bawah mencari lokasi komuter.Kenapa berlari? Itu komuter last!!!! Penatnya jangan ditanya...penat nak mampus!!

Sampai di lokasi hotel masalah lain pula yang menunggu...rupanya komuter tu berhenti bukan di depan hotel tapi jauh dari hotel. Kami bertanya dengan pemandu bas yang ada di situ bagaimana nak ke Hotel Hems? Katanya tak jauh dari sini cuma 15 minit jalan kaki. Tapi pemandu ini baik dia tumpangkan kami ke arah hotel tersebut tanpa apa-apa bayaran dan kami menapak lepas itu...kerana basnya tak boleh ke sana. Hampir lima belas minit atau lebih kami menapak macam rupa unta yang kesejukan masing-masing. Akhirnya kami sampai di Hotel Hems. Berlabuhlah kami disitu.
Destinasi kami hari ini 19.3.2009 ialah melawat lokasi-lokasi ternama seperti terusan atau canal buatan manusia di Bandaraya Amsterdam. Dulu sewaktu belajar geografi tempat ini hanya bayangan begitu juga dengan kincir angin yang tersohor tu. Pagi ini ia di depan mata. Seronok tak tau nak kata. Sehari suntuk kami menghayun kaki di Amsterdam. Tapi masih banyak tempat yang tidak dapat kami kunjungi maklumlah sehari saja. Kenderaan kami disana ialah tube/komuter. Beli tiket sekali saja lepastu naiklah berapa kalipun ...tu yang best!!!